KENAPA MESTI BELI BENIH GAHARU MELALUI KAMI ?

1. MEMBEKAL ANAK BENIH GAHARU & BIJI BENIH GAHARU

Tapak Semaian
Kami menawarkan benih gaharu dari jenis Malacensis, Subintegra dan Senensis.

Harga Yang Ditawarkan;









1. Jenis Subintegra rm7 termasuk penghantaran
2. Jenis Malacensis rm10 termasuk penghantaran.

* Minima Oder;
  • Dalam Negeri Pahang 300 pokok.
  • Luar Negeri Pahang 700 pokok.


KENAPA ANDA MESTI MEMBELI ANAK BENIH GAHARU DENGAN SYARIKAT KAMI?
Untuk mencapai kejayaan dalam industri gaharu, anda perlu  mengetahui  peringkat-peringkat kejayaan dalam industri gaharu.


Peringkat Pertama : Penanaman.
Biasanya penjual anak benih mengetahui dan menerangkan bagaimana cara penanaman dan penjagaan. Syarikat Sri Embun dalam hal ini mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam mengenali anak benih terbaik, kaedah penanaman dan penjagaan.

Peringkat Kedua : Suntikan Vaksin.
Merupakan peringkat terpenting dalam memastikan kejayaan dalam industri gaharu. Apabila pokok gaharu mencapai ukurlilit 15 inci, ianya sudah dikira matang dan boleh dilakukan  suntikan vaksin pembentukan teras.


PERKARA PENTING YANG PERLU ANDA PASTIKAN ADA PADA PENJUAL ANAK BENIH GAHARU SEBELUM ANDA MEMBELI DENGANNYA.


1.   ADAKAH PENJUAL TERSEBUT ADA PENGALAMAN DALAM PENYUNTIKAN GAHARU?
Risiko yang akan anda hadapi ialah apabila sampai masa untuk dilakukan suntikan, anda akan jadi keliru, vaksin mana yang berkesan lantaran banyaknya penjual vaksin.

Kami telah menerima beberapa penanam gaharu peringkat awal yang meminta dilakukan suntikan kerana penjual pokok gaharu yang berurusan dengan mereka dahulu tiada teknologi suntikan gaharu.
Kami telah memulakan ujikaji suntikan pokok gaharu bermula dari tahun 2008 dengan menggunakan pelbagai jenis Vaksin samaada dari Thailand atau Indonesia serta menggunakan pelbagai kaedah suntikan.Kini kami telah dapat keputusan bagi setiap jenis vaksin.


2.  ADAKAH PENJUAL ITU MENGGUNAKAN VAKSIN DARI NEGARA LUAR?
Untuk Makluman, Syarikat dari Thailand telah mengeluarkan hampir 10 jenis vaksin secara berperingkat-peringkat. Risiko yang akan dihadapi ialah,


  • Pertama, tidak diketahui vaksin mana yang berkesan kerana pengeluarannya dalam masa yang singkat , sedangkan setiap jenis vaksin mengambil masa masa 2 - 3 tahun untuk diketahui keberkesanan sebenarnya. 
  • Kedua, masalah bekalan dimasa akan datang, kerana vaksin yang terdahulu biasanya tidak dikeluarkan lagi.

Banyak kes telah berlaku di tanahair kita, dimana disebabkan keghairahan menjadi jutawan, mereka telah menghabiskan puluhan ribu ringgit menyuntik pokok gaharu liar, sedangkan vaksin yang mereka gunakan belum terbukti di Malaysia keberkesanannya.
Kami yang telah membuat ujikaji Vaksin dari negara jiran telah mengambil keputusan mengeluarkan Vaksin sendiri iaitu Vaksin Gaharu Embun dan telah terbukti membentuk teras yang bermutu.






Teras yang terhasil dari suntikan menggunakan Vaksin Gaharu Embun selama 6 bulan.

3.   ADAKAH PENJUAL ITU MENDAPAT BEKALAN VAKSIN MELALUI ORANG TENGAH ATAU TERUS DARI SYARIKAT PENGELUAR?
Risikonya ialah vaksin tersebut mungkin tidak asli.
Ada kes dimana vaksin yang diwarwarkan tersebut membentuk teras sebagaimana dilakukan oleh syarikat pengeluarnya diThailand, tetapi tidak di Malaysia, contohnya Vaksin Ubat Berselut.


4.  ADAKAH PENJUAL ITU BOLEH MENUNJUKKAN CONTOH TERAS HASIL SUNTIKANNYA SENDIRI, BUKAN SEKADAR GAMBAR ATAU CONTOH TERAS DARI NEGARA JIRAN?
Risikonya ialah;

  • Kesesuaian Vaksin tersebut dengan pokok gaharu Malaysia. 
  • Adakah benar teras yang ada dalam gambar atau yang mereka tunjukkan adalah hasil dari vaksin ynag mereka edarkan.                                                                                                                                           
Kami sahingga kini telah melakukan suntikan dengan menggunakan Vaksin Gaharu Embun keatas 10 pokok gaharu Malaysia untuk dibuat ujikaji peringkat pembentukan teras dan telah terbukti keberkesanannya..(Untuk keterangan lanjut keputusan ujikaji yang telah kami lakukan, sila klip bahagian inokulasi gaharu)


Peringkat Ketiga : Mengeluarkan teras.

  • ADAKAH PENJUAL ANAK BENIH GAHARU ITU MENGETAHUI CARA MENGELUARKAN TERAS DALAM POKOK GAHARU?
  • ADAKAH DIA ADA MENERANGKAN DAN MENUNJUK CARA MELAKUKANNYA? 
  Ada banyak kes dimana mereka yang telah menghabiskan puluhan ribu ringgit membayar penyuntik pokok gaharu dan pokok yang telah disuntik sudah sampai masa diambil terasnya, tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan teras dari pokoknya.

Peringkat Keempat : Pasaran

ADAKAH PENJUAL BENIH GAHARU ITU AKAN MENOLONG ANDA MEMASARKAN TERAS GAHARU ?

Risikonya,

  • Anda tidak megetahui gred kayu gaharu dan harga semasa. 
  • Mudah dipermainkan harga oleh orang tengah.

* Gaharu berharga kerana sukar diperolehinya, tetapi kesukaran itu menjadi mudah bila dipelajari.
* Bergurulah dengan yang tahu.