PENEMUAN INOKULASI YANG MENAKJUBKAN.

PENGENALAN

Gaharu merupakan kayu yang amat berharga dan mempunyai nilai yang tinggi. Gaharu tidak akan terhasil melainkan melalui proses pengeluaran Resin dalam batang gaharu secara berterusan. Pokok Gaharu akan mengeluarkan Resin apabila mengalami kesakitan. Kesakitan pokok gaharu terjadi sama ada;

Secara Semulajadi
Iaitu sama ada pokok gaharu ditimpa pokok lain, semut membuat sarang dalam pokok gaharu dan lain-lain.



Secara Tradisional
Iaitu samaada kita memukul pokok tersebut dengan tunggkul, parang, membakar sampah disekiling pokok dan lain-lain.




Secara Bioteknologi
Iaitu memasukkan Vaksin ke dalam pokok Gaharu bagi menghasilkan gaharu bagi pokok yang telah mencapai ukurlilit  15 inci keatas.
Dengan menggunakan Bioteknologi, Gaharu dapat dihasikan dari pokok Karas dalam masa 2 - 3 tahun, iaitu 10 kali lebih cepat dari kebiasaannya.

VAKSIN GAHARU EMBUN

CIRI KEJAYAAN INDUSTRI GAHARU.
  • Industri Gaharu tidak akan berjaya tanpa adanya Ubat, Kaedah Penyuntikan dan Sukatan yang betul yang boleh menghasilkan pembentukan teras gaharu dengan berkesan.

PENYELIDIKAN TERHADAP VAKSIN DAN KAEDAH PENYUNTIKAN
  • Pihak Syarikat Gaharu Embun telah melakukan ujikaji dan penyelidikan dalam bidang penyuntikan pokok gaharu dan ubat yang sesuai dengannya bermula dari tahun 2008. Kami juga telah melakukan pelbagai teknik penyuntikan yang dipelajari  dari Thailand dan Indonesia beserta Ubat yang dikeluarkan dari negara mereka.
  • Antara jenis Ubat yang telah kami buat ujikaji ialah; EM (Thailand dan Kemboja), CBG (dikenali dengan nama ubat berselut dari Thailand), Kopi O (Thailand ), Vaksin Kuning (Persatuan Gaharu Thailand), Nano Alerrgic(Thailand) dan Farasium (Indonesia).

HASIL KAJIAN
Proses inokulasi tidak akan berjaya memperolehi hasil yang maksima kecuali mengambil berat 3 perkara utama dibawah:

PERTAMA: UBAT
Terdapat dua ketogeri ubat yang digunapakai;
  • Padat atau Semi PadatUbat yang padat atau semi padat mengambil masa yang lama dalam proses pembentukan teras berbanding dengan ubat yang cair. Terdapat juga kes dimana ubat yang padat (contohnya CBG) terhenti berfungsi apabila berada dalam batang pokok gaharu lantaran tarikh tempohnya tamat.
  • Cecair : Cepat meresap dan bertindak menyakitkan pokok.

KEDUA : KAEDAH
Terdapat dua jenis kaedah yang boleh digunapakai iaitu;

(i) Menyapu ubat diluar batang pokok,kaedah ini bagi menghasilkan;

  •  Kayu untuk minyak. 
  • Hasilnya akan diperolehi dalam masa 4 bulan.
  • Harga kayu antara RM5 - RM15 perkilo.
  • Untuk mendapat hasil yang maksima, pokok perlu disakiti semaksima mungkin seperti dibuang kulit, disapu ubat, ditakik dan dibor.


(ii) Memasukkan ubat kedalam batang pokok, kaedah ini untuk memperolehi;
  •  Teras gaharu.
  • Hasilnya yang maksima akan diperolehi dalam masa 2 - 3 tahun.
  • Untuk memastikan hasil yang maksima;
  • Ubat yang dimasukkan kedalam batang pokok mestilah sentiasa berfungsi selama  2 - 3 tahun.
  • Pokok gaharu mesti dibiarkan dalam keadaan subur.
KETIGA : SUKATAN
  • Pembentukan teras yang maksima akan terjadi dan diperolehi dalam masa 3 -4 tahun apabila ubat yang digunakan mengikut sukatan ukurlilit dan ketinggian pokok gaharu (jika ubat tidak mengikut sukatan, teras tidak menjadi, jika terlebih, pokok akan mati)
  • Syarika Gaharu Embun  yang telah dapat mengenal pasti sebab utama masalah pembentukan teras gaharu telah mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali dengan Vaksin Gaharu Embun dan menggunakan Kaedah Suntikan yang mudah dan cepat berkesan serta Sukatan Ubat mengikut ukurlilit dan ketinggian pokok gaharu.




* Kesimpulan - Ubat, Kaedah Suntikan dan Sukatan merupakan 3 perkara penting bagi memastikan ubat yang di suntik berfungsi menyakitkan pokok gaharu supaya pokok tersebut mengeluarkan resin gaharu dalam tempoh yang kita kehendaki tanpa mematikannya.

ANGGARAN TERAS YANG TERHASIL SELEPAS SUNTIKAN;
  • 12 bulan (1 Tahun)  gred C
  • 18 bulan (1.5 Tahun)  gred B
  • 30 bulan (2.5 Tahun) gred A

BAGAIMANA PEMBENTUKAN TERAS TERJADI SETELAH MENGGUNAKAN VAKSIN GAHARU EMBUN.

Setakat ini, syarikat telah membuat suntikan sebanyak 1,500 pokok gaharu di sekitar negeri Pahang . Selain daripada itu, pihak syarikat juga telah menetapkan 10 pokok untuk dibuat ujikaji, iaitu dimana pokok tersebut akan ditebang berperingkat-peringkat untuk dilihat perubahan pembentukan terasnya.

Hasil Penyelidikan;
Setelah Vaksin Gaharu Embun dimasukkan ke dalam batang pokok gaharu;

Bulan Pertama,
  • Vaksin akan diserap dan mengembang di pertengahan batang pokok keatas hingga mencapai 5 kaki.
  • Berlaku kesakitan pada pokok, iaitu boleh dilihat tanda awal dimana daun akan gugur dengan banyak.
  • Bahagian batang pokok yang masih belum diserap Vaksin (bahagian lapisan paling luar pada batang pokok)akan mengeluarkan resin bagi membentuk lapisan gaharu (berwarna kuning) supaya vaksin tidak dapat menembusi tempatnya.
  • Jika vaksin yang dimasukkan terlalu banyak,vaksin akan cepat mengembang dan batang pokok di bahagian luar tidak sempat mengeluarkan resin. Apabila kesemua bahagian batang pokok telah diserapi dengan vaksin, pokok akan mati. 
  • Terbentuknya 3 lapisan pada batang pokok gaharu;
  1. Pertama, Lapisan Luar, iaitu Lapisan Pengeluar Resin, berwarna putih dan masih hidup.
  2. Kedua, Lapisan Tengah, iaitu Lapisan Gaharu, terbentuk hasil pengeluaran resin, bewarna kuning seterusnya coklat dan akhirnya Hitam. Paling berharga dan inilah TERAS GAHARU.
  3. Ketiga, Lapisan Dalam, iaitu Lapisan Vaksin, berwarna hitam, berperanan menyakitkan pokok gaharu, mengembang ketepi dan keatas. Berwarna coklat, tidak bernilai dan akan reput apabila pokok telah ditebang.

    Bulan Kedua;
    • Lapisan Pengeluar Resin telah dapat mengimbangi penyerapan vaksin dengan membentuk lapisan gaharu yang kukuh.Ini dapat dipastikan dengan terhentinya keguguran daun dan tumbuhnya daun-daun baru terutamanya dibahagian atas pokok.
    • Lapisan Gaharu menjadi agak tebal dan berubah dari warna putih ke warna kuning air hasil pengeluaran resin secara berterusan oleh lapisan pengeluar resin.Gred yang diperolehi: KAYU KUNING
    • Lapisan Vaksin telah mula meresap hingga mencapai 6 kaki ke atas,ke pangkal dahan.
    Bulan Keenam;

    • Lapisan Pengeluar Resin semakin subur dan amat baik jika diletakkan baja NPK
    • Lapisan Gaharu menjadi lebih tebal dan berubah menjadi warna coklat Muda.Gred yang diperolehi : C MUDA. Pembentukannya mencapai 10kaki keatas.
    • Lapisan Vaksin meresap hingga ke dahan dan ranting. 

    Bulan kesembilan

    • Lapisan pengeluar resin semakin subur, lubang kesan suntikan semakin pulih.
    • Lapisan Gaharu, semakin tebal, bertukar menjadi hitam samar, termasuk dalam ketegori TERAS GAHARU yang dikenali sebagai gred BELANG HARIMAU (TIGER AGARWOOD)
    • Lapisan Vaksin masih memberi kesan, tetapi agak perlahan sedikit.
    12 Bulan (1 Tahun)

    • Lapisan pengeluar resin masih subur dan membesar sekitar 5 inci dari semasa ianya disuntik.
    • Lubang hasil suntikan (bor) semakin pulih.
    • Lapisan Gaharu semakin menebal , bertukar menjadi coklat pekat, termasuk dalam GRED C  .
    • Lapisan Vaksin mula mereput.
    18 Bulan (1 1/2 Tahun)

    • Lapisan pengeluar resin terus subur dan membesar sekitar .
    • Lubang hasil suntikan (bor) mula tertutup.
    • Lapisan Gaharu 50% bertukar warna dari coklat menjadi hitam.
    • Gred yang terhasil GRED B
    • Lapisan Kayu Vaksin mereput sepenuhnya.

    2 1/2 Tahun (30 bulan)

    • Lapisan pengeluar resin gaharu makin membesar.
    • Lapisan Gaharu hampir 90% menjadi hitam dan tebal
    • Lapisan kayu Vaksin mereput sepenuhnya. Tetapi masih terdapat yang menampal didinding lapisan gaharu yang memberi sakit kepada lapisan pengeluar resin gaharu
    • Gred yang diperolehi : GRED AA
    PEMBENTUKAN TERAS HASIL SUNTIKAN VAKSIN GAHARU EMBUN

    2 BULAN SELEPAS SUNTIKAN


     



    Masa : Tarikh Suntikan 14 Mac 2010. Tarikh ditebang 14 Mei 2010.
    Pembentukan Teras : 6 kaki
    Warna : Kuning
    Bau : Sederhana
    Gred : KAYU KUNING 
    Ketegori : Kayu Untuk Minyak 


     6 BULAN SELEPAS SUNTIKAN




    Masa : Tarik suntikan 14 Mac 2010 . Tarikh ditebang 14 September 2010.
    Ukurlilit pokok:15 - 20 inci.
    Warna : Coklat Sederhana
    Bau : Sederhana
    Gred : C  MUDA
    Ketegori : Kayu Untuk Minyak.
    Pembentukan Teras : 10 kaki

     9 BULAN SELEPAS SUNTIKAN


    Masa : Tarikh Suntikan : Oktober 2010. Tarikh di tebang Julai 2011
    Warna : Coklat Samar
    Bau     : Sederhana
    Gred   : Belang Harimau (TIGER AGARWOOD)
    Ketegori : Teras. 
    Kegunaan :Bukhur.

    1 TAHUN SELEPAS SUNTIKAN


    Masa  :  1 Tahun
    Warna : Coklat Pekat
    Jenis   : Malacenssis
    Gred   : 
    Bau    : Sederhana
    Ketegori : Kayu TERAS. 
    Kegunaan : Bukhur

     1 TAHUN 6 BULAN SELEPAS SUNTIKAN (18 Bulan)



    Masa  : 18 Bulan
    Warna : Hitam Kekuningan
    Gred   : B
    Bau    : Kuat
    Ketegori : Kayu TERAS. 
    Kegunaan : Bukhur.

    2 1/2 SELEPAS SUNTIKAN




    Masa  : 30 Bulan (2 1/2 tahun)
    Warna : Hitam Pekat
    Gred   : AA
    Bau    : Kuat

    Ketegori : Kayu TERAS. 
    Kegunaan : Bukhur.


    KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT

    1.   Pokok Gaharu Hutan/Liar , Khidmat Yang Ditawarkan;

     I.   Khidmat Suntikan.
    * Minima 5 pokok dalam negeri Pahang dan 10 pokok di luar negeri Pahang.

    II. Perkongsian setelah di suntik.
    50/50.

    2.   Pokok Yang Ditanam, Khidmat yang Ditawarkan;

    Khidmat Suntikan
    RM70.00 perpokok (minima 50 pokok)
        
    *Bagi perladangan gaharu yang melebihi 500 pokok keatas atau mereka yang membeli anak benih dengan syarikat, kadar harga mengikut rundingan dan perjanjian.
    3.   Vaksin Gaharu Embun  
    TERMURAH.
      * Rm50 perliter (semenanjung) Rm70 perliter (sabah dan serawak)

    * Cara suntikan akan diajar oleh Syarikat.