Asalamualaikum.
Selamat bertemu dalam ruangan berita terkini. kini telah berada di tahu 2015. bermakna sudah masuk tahun kesembilan Gaharu Embun bergelomang dengan industri gaharu tanah air secara aktif.pelbagai asam garam telah ditempohi.
Pengalaman terkini yang diperolehi setelah lapan tahun ialah, tuhan telah mencerahkan
pengetahuan yang amat bernilai dalam menjayakan industri tahan air yang diselubungi seribu satu macam persoalan.Iaitu faktor kejayaan dalam menghasilkan TERAS GAHARU terletak pada pemilihan spesis pokok gaharu untuk ditanam,kedua ubat yang sesuai untuk inokulasi bagi menghasilkan teras atau kayu minyak, ketiga teknik suntikan yang betul untuk menghasilkan teras berkualiti.
Kini telah tiba masa menuai hasil dari penat lelah yang telah dicurahkan.
1. Kebun gaharu syarikat yang telah di suntik 2 tahun lebih
2. Proses penebangan pokok gaharu
3. Proses mengeluarkan teras dari batang
4. Hasir diperolehi GRED A. Harga RM15,000 perkilo.
Alhamdulillah ada diantara gred A yang solid. boleh dijual hingga RM30K perkilo.