CARA MEMPEROLEHI GAHARU GRED A MELALUI KAEDAH SUNTIKAN


Gred A RM15K perkilo Gred A Solid


BAGAIMANA CARA MEMPEROLEHI GAHARU GRED A MELALUI KAEDAH SUNTIKAN.

Asalamualaikum.
Formula memperolehi teras gaharu gred A melalui kaedah suntikan. Setelah 12 tahun terlibat secara langsung dengan inokulasi pokok gaharu (sama ada yang di tanam atau pokok gaharu hutan),kini saya telah memperolehi formula yang mungkin boleh menolong memperolehi teras gaharu gred A melalui cara suntikan.Telah terbukti ianya berjaya, walaupun tidak 100%

KENAPA PERLU MEMPEROLEHI TERAS GAHARU GRED A ATAU B?

1. Hanya kedua gred ini di minati oleh pembeli Arab.
2. Boleh menghasilkan minyak gaharu kualiti.
5.Amat tidak berbaloi jika hanya memperolehi gred C dan kebawah kerana harganya terlalu rendah.

BAGAIMANA MEMPEROLEHI TERAS GAHARU GRED A

1. Pemilihan spesis gaharu yang betul semasa menanam.
2. Sistem suntikan hanya untuk memperolehi teras gred A atau B sahaja.
3. Pengggunaan Ubat suntikan yang sesuai.
4. Dos yang sesuai dengan saiz pokok
5. Tempoh masa menungggu selepas suntikan mestilah antara 1 1/2-2tahun.

1. PEMILIHAN SPESIS ANAK BENIH GAHARU SEMASA MENANAM.

Ada 3 spesis pokok karas yang biasa di tanam di Malaysia.

1. A.Malacenssis
2. A.Subintegra
3. A. Senensis
   
2. SISTEM SUNTIKAN HANYA UNTUK MEMPEROLEHI GRED A ATAU B.

Sistem suntikan yang banyak di gunakan di Malaysia,
1. Satu lubang - sesuai untuk Teras gred A dan B
2. Melebihi satu lubang besar- sesuai untuk Ukiran.
3. Banyak lubang besar- Sesuai untuk Minyak
4. Sapu ubat di batang - sesuai untuk di buat colok.(gred C dan kebawah)

3. PENGGUNAAN UBAT YANG SESUAI.

Terdapat pelbagai jenis ubat yang di gunakan untuk suntikan pokok gaharu di pasaran kita sekarang,sama ada diimpot dari Thailand atau dibuat sendiri oleh pengusaha. Boleh di bahagikan kepada 3 bahagian,
1. Kuat - sesuai untuk menghasilkan kayu gaharu untuk minyak dan ukiran
2. Sederhana- sesuai untuk teras
3.Lemah- tidak sesuai pada semua di atas.Berlaku pemulihan semula oleh resin gaharu.

4.DOS UBAT MENGIKUT SAIZ POKOK

1. Melebihi dos - pokok akan mati
2. Sederhana - Ubat boleh berlanjutan menyakitkan pokok hingga menghasilkan teras  berkualiti.
3. Lemah - resin gaharu akan memulihkan luka dan kesakitan.Tiada hasil akan di perolehi

5.JANGKA MASA MENUNGGU SELEPAS SUNTIKAN

1. Teras Gaharu - 2 - 2 1/2 tahun.
2. Kayu Gaharu untuk Minyak 1 1/2 -2 tahun

Contoh gaharu suntikkan.

GRED A 














GRED B.  













GRED C+  

*SEMUGA APA YANG SAYA PAPARKAN INI BEMBERI PENGETAHUAN KEPADA MEREKA YANG MENCEBURI DAN AKAN MENCEBURI PERUSHAAN GAHARU.APA YANG SAYA PEROLEHI INI ADALAH HASIL KAJIAN SAYA SENDIRI.