KENAPA SAYA MENCEBURI INDUSTRI GAHARU?
Saya mula mengenali, meminati dan menceburi industri gaharu pada tahun 1988. Ianya bermula secara tidak sengaja, iaitu semasa saya menunaikan fardu haji, saya melihat rata-rata kedai menjual minyak wangi di sekeliling Masjidilharam menjual longgokkan kayu buruk di kedai mereka. Saya bertanya, kayu apa tu? jawab penjual, Oud (kayu gaharu), saya bertanya, berapa harga sekilo? katanya, 20rial satu gram(20,000.00 sekilo, sekarang harga gaharu di Saudi Arabia 80,000.00 rial sekilo). Saya minta beli sedikit, tetapi beliau tidak mahu menjualnya dengan alasan kayu ini datangnya dari negeri saya. Saya mula terfikir, rupanya terdapat kayu yang begitu mahal harganya dinegara saya. Saya mengambil tindakan untuk menyelidiki apa rahsia kayu gaharu hingga mempunyai nilai yang tinggi. Apabila pulang ke Malaysia, saya berusha dapatkan sekilo kayu gred A (pada masa sekarang gred super) yang harganya RM1,000.00 sekilo (harga tertinggi kayu gaharu di tahun 1988). Bermula dari sinilah saya secara tidak langsung menceburi perniagaan Gaharu.
Pada tahun 2006, saya telah menerima berita tentang satu teknologi inokulan bagi menghasilkan teras. Terus saya membuat kajian tentang kebenaran dan keberkesanan teknologi ini dan saya berkeyakinan teknologi ini akan melebarkan industri gaharu tanah air. Justeru itu, saya telah menanam anak benih gaharu dalam jumlah yang banyak( pada masa itu susah untuk diperolehi dan harganya mahal ). Alhamdulillah, kini pokok gaharu saya sudah matang (kematangan pokok gaharu adalah berdasarkan saiz ukurlilit pokok 10inci, bukan jumlah tahun ditanam)dan telah disuntik
Pada tahun 2007, saya menubuhkan Syarikat Gaharu Embun Enterprise dengan menumpukan perhatian dan kajian tentang anak benih gaharu dan kaedah penanaman yang betul serta membekalkan anak benih kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini. Mengadakan ceramah serta taklimat kebaikan menceburi industri gaharu kepada penduduk setempat.
Pada tahun 2008, saya mula menumpukan perhatian kepada penyuntikan pokok gaharu bagi menghasilkan teras. Diperingkat ini saya mula mengujikaji ubat-ubat suntikan dan kaedah suntikan dari Thailand dan Indonisia.Hasil yang saya perolehi mengecewakan kerana ubat serta kaedah suntikan pada masa itu hanya menghasilkan kayu untuk dibuat minyak.
Seterusnya pada tahun 2010 saya mula mengeluarkan ubat suntikan saya sendiri serta kaedah suntikan yang boleh menghasilkan teras. Alhamdulillah sehingga kini hasil yang saya perolehi amat memuaskan.
KENAPA INDUSTRI GAHARU MENJADI PILIHAN?
Salah satu matlamat saya ialah ingin menjadi kaya. Justru itu saya mesti menceburi industri yang boleh membawa saya kearah itu.Berdasarkan pengamatan saya, terdapat 3 jenis industri yang boleh menjadikan matlamat saya tercapai, iaitu;
- Industri Burung Walit
- Industri Ikan Kelisa
- Industri Gaharu
Ketiga-tiga industri ini mempunyai masalah masing-masing yang perlu ditangani berdasarkan kemampuan. Industri Burung walit tidak memerlukan tempat yang luas, tetapi memerlukan kos yang tinggi dan kini ada masalah dari segi pasaran. Industri Ikan Kelisa juga mempunyai masalah dari segi pasaran. Industri gaharu mempunyai keistimewaannya tersendiri, iaitu;
- Tidak memerlukan kawasan yang luas, hanya sekadar 3 ekar (3 ribu pokok)
- Modal permulaan yang sedikit, sekitar RM10,000.00 bagi seekar.
- Modal inokulasi pada tahun ke 5-7 RM50.00 perpokok.
- Jangka masa diambil hasil sekitar 7-9 tahun.
- Pasaran meliputi semua Negara Arab Teluk, China, Taiwan, Jepun dan lain-lain.
KENAPA POKOK GAHARU MENJADI PILIHAN?
1. MERUPAKAN POKOK YANG MENGHASILKAN KAYU TERMAHAL DI DUNIA (KAYU GAHARU)
1.1 Pengredan Kayu Gaharu Mengikut Kegunaan;
A. Kayu Gaharu Untuk Bukhur (Wangian)
Gred Super
Gred A
Gred B
Gred C
B. Kayu Gaharu Untuk Minyak
Gred A (Kayu Hancur)
Gred B (Sarang Semut, Kayu Kuning & Tuto)
Gred C (Kepala Kayu & Kayu Racit)
1.2 Jadual Harga Mengikut Gred gaharu hutan semulajadi di Pasaran.
GRED HARGA (perkilogram)
SuperA RM 100,000 ke atas
Gred A RM 35,000
Gred AB RM 18,000
Gred B RM 12,000
Gred C+ RM 6,000
Lain-lain Gred RM 500 – RM 1,000
Gred Kayu untuk Minyak RM 5 – RM 150
Minyak Gaharu RM 700/ tola (12gm)
2. MERUPAKAN POKOK YANG MENGHASILKAN MINYAK TERMAHAL DI DUNIA (MINYAK GAHARU)
Kayu Gaharu yang bermutu rendah akan diproses untuk dijadikan minyak. Minyak dihasilkan menggunakan kaedah penyulingan Stim.
i) Kayu karas dikisar halus dan direndam selama 7-14 hari utk memisahkan sel parenkima dan kalenjar minyak
ii) Kayu yang telah di rendam kemudiannya akan disuling didalam radas Clavenger selama 6 jam.
Minyak yang terhasil mengeluarkan aroma gaharu dan mempunyai warna pelbagai dari perang kehijauan hinggalah ke perang kemerahan gelap
Harga Minyak Gaharu;
Oud RoyalePrice: US$390.00
*The best Oud oil ever distilled, this is the Sultan of Oud
*The best Oud oil ever distilled, this is the Sultan of Oud
*Smells just like the smoke of precious agarwood when burned
*100% pure, from sinking-grade agarwood
*A truly Royal gift
*3 grams
Name : Agarwood Oil (Malaysian)
Weight : 1 Tola (12 gm)
Complete Set : 1
Description : A brown oily liquid with a Malaysian scent
Scent : Malaysian
Price : US $ 200.00
3. MERUPAKAN POKOK HERBA YANG MEMPUNYAI NILAI PERUBATAN YANG TINGGI
Kandungan GaharuKandungan kimia yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada; sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone.Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma gaharu.Justeru itu ia digunakan dalam industri perubatan secara meluas.
Dalam perubatan islam (tercatat dalam Kitab Qanun Fi Tib karangan Ibnu Sina), pokok karas digunakan sebagai ubat menghilangkan kahak, mengubati Asma, Batuk, Saluran penafasan tersumbat, Bengkak limpa dan hati, menguatkan hati danLemah tenaga batin.
Kitab Qanun Fi Tib & Kitab Tazkirah fi Ulul al-Bab
Salah satu syarikat di luar negara ( Syarikat Agar Harvest ) menjadi pengeluar utama kepingan pokok karas untuk perubatan. Ianya berkesan untuk penyakit Thyroid, Cancer dan Asthma.
Product Name : Agarwood Crushing - 12 gm (A Grade)
Price : 23.00 USD
Brand : Agar HarvestBenefit- Supreme aroma- Maintain heart and breathing system- Reduce cause of Thyroid, Cancer and Asthma
4. SEMUA BAHAGIAN POKOK BERNILAI
4.1 Daun
Tea
Sabun
Krim Mandian
Bantal Berubat
Lotion
Sampu
4.2 Batang dan Akar
Teras Wangian
Minyak Gaharu
Minyak Wangi
Colok
Tasbih
5. POKOK KARAS (GAHARU) SATU ANUGERAH ILAHI KEPADA KITA
Negara pengeluar Utama Gaharu Dunia;
Top five sources of Aquilaria spp. imported into Taiwan (Province of China), 1993-2002
Country of origin/ export/ re-export
1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 Total
Indonesia 661,265. 491,190. 482,874. 336,946. 302,032. 555,229. 588,759. 500,440. 457,985. 283,852. 4,660,572.
Viet Nam 19,681. 84,779. 103,068. 91,129. 96,427. 136,685. 222,391. 101,517. 62,517. 33,110. 951,304.
Thailand 539. 83,124. 68,342. 67,028. 42,680. 65, 570. 26,831. 54,255. 20,755. 27,510. 456,634.
Cambodia 3,822. 54,737. 133,819. 73,512. 35,953. 13,224. 0 0 0 0 315,087
Malaysia 43,630. 35,451.28,287.44,041.21,275.18,543.1,070. 22,996. 46,663 10,728.272,684
Source: Taiwan (Province of China) Customs Data, compiled by TRAFFIC East Asia-Taipei
6. PASARAN ANTARABANGSA YANG LUAS
6.1 Dalam Negara
Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau. Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport. Menurut data dari Jabatan Perhutanan, terdapat 12 buah kilang di semenanjung Malaysia pada tahun 2007. Ia terbahagi kepada industri berskala kecil dan besar. Kebiasaan skala kecil mempunyai kurang dari 10 unit dapur dan diusahakan sendiri. Manakala, pada skala besar meraka mempunyai anatara 10 – 80 dapur dan akan mengupah pekerja seramai 2 – 3 orang atau lebih. Mereka juga memerlukan kayu gaharu sehingga 500 kg sebulan bagi menampung permintaan minyak gaharu.
6.2 Luar Negara
Trade in Aquilaria malaccensis (kg) by country of import Chips, powder and timber Oil Country Year Imports reported by country of import Exports/reexports to country of import reported by country of export/re-export Import reported by country of import Exports/ re-exports to country of import reported by country of export/re-export
United Arab Emirates
1995 - 51,2562
1996 - 25,388
1997 - 52 ,429
1998 - 82 ,668
1999 - 26 ,042
2000 - 21 ,305
2001 - 10 ,303
Hong Kong
1995 - 25 ,855 40 ,275
1996 - 47 256 57 ,357
1997 - 52 684 52 770
1998 - 55 093 55 487
1999 - 63 354 66 576
2000 - 27 769 27 770
2001 - 15 787 22 973
India
1995 - 38 14 454
1996 - 15 184
1997 - 19 364
1998 - 36 867
1999 - 6 699 45 150
2000 - 24 399 37 018
2001 - 42 833 69 847
Japan
1995 - 6 629 11 159
1996 - 10 829 22 302
1997 - 10 134 20 512
1998 - 8 126 18 082
1999 - 21 119
2000 - 21 175
2001 - 20 202
Saudi Arabia
1995 - 39 885 377
1996 - 13 307
1997 - 75 392 2
1998 - 73 168
1999 - 21 616
2000 - 15 674
Singapore
1995 - 116 581 345 677
1996 - 375 882 417 130
1997 - 91 046 350 158
1998 - 33 550 173 733
1999 - 5 000 79 952
2000 - 70 950 127 899
2001 - 21 300 90,265
Taiwan(Province of China)
1995 - 211 308 1
1996 - 69 756
1997 - 121 302
1998 - 38 798
1999 - 13 951
2000 - 6 139
2001 - 45 077
Source: CITES annual report data compiled by UNEP-WCMC (excluding entries under Aquilaria spp.)
*Jika dilihat kepada statistik di atas, kita dapati hampir keseluruhan negara pengimport gaharu mengalami penurunan mendadak jumlah gaharu yang diimport. Ini adalah disebabkan;
- Pokok Gaharu Hutan mengalami masalah kepupusan.
- Pengeluaran Kayu Gaharu mengalami tahap kritikal.
7. PENANAMAN DAN PENJAGAAN TIDAK RUMIT
Perkara- perkara Penting dalam Penanaman dan Penjagaan Pokok Karas;
7.1 Pemilihan Species
Aquilaria Crassna, A. Subintegra dan A. Malaccensis adalah species penghasil teras gaharu dengan aroma yang sangat disenangi masyarakat Timur Tengah, sehingga memiliki harga paling tinggi dan minyak berkualiti.
7.2 Tempat Penanaman pokok karas sesuai dijalankan.
- Tanah terbiar
- Kawasan rezab hutan simpan
- kawasan pembalakan yang telah diterokai.
Pokok Gaharu diintegrasi bersama pokok getah.
Pokok Gaharu bersama Pokok Pisang.
Pokok Gaharu bersama Pokok Durian
7.3 Jarak antara lubang
Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6 kaki . Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan kedalaman 1 kaki. Tanah dipermukaan dipadatkan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah.Kadar pembajaan bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15: sebanyak 40 - 50 gm semasa proses penanaman.
7.4 Pemeliharaan.
Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50 cm untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja-kerja ini dilakukan 2 - 3 kali setahun sehingga pokok berusia 4 tahun.
Pembajaan dapat dilakukan sekali antara 3 bulan atau 6 bulan dengan baja NPK atau organik dengan dos rendah (5 gr/tanaman) setelah tanaman berumur 1 tahun, kemudian dosnya bertambah sesuai dengan besarnya batang tanaman. Hama tanaman gaharu yang perlu diperhatikan adalah kutu putih yang hidup di permukaan daun bawah, iaitu apabila cuaca lembab. Pencegahan dilakukan dengan penyemboran pestisida (ubat Pembunuh Hama ) seperti Tiodane, Decis, Reagent., dll Pembersihan gulma dapat dilakukan sekali dalam 3 bulan atau pada saat dipandang perlu.
8. TIDAK MEMERLUKAN KAWASAN YANG LUAS
Pokok Karas Boleh ditanam samaada;
- Belakang Rumah
- Tanaman Bonsai
- Tanaman Hiasan Rumah
- Sebagai Pagar
- Tanaman Lanskap
- Secara Kebun
- Secara Ladang.
Lanskap Gaharu di Lagong, Lebuhraya Pro Lintas Rawang Sah Alam
Penanaman Secara Kebun
Penanaman Secara Ladang (Ladang Gaharu 47 hektar di Merchang, Terengganu)
9. MENDATANGKAN HASIL DALAM MASA YANG SINGKAT
Kayu Gaharu Terhasil apabila pokok Karas mengalami kesakitan dengan mengeluarkan Resin (damar).
9.1 Secara Semulajadi;
9.2 Secara Tradisional;
9.3 Secara Bioteknologi;
Dengan menggunakan Bioteknologi, Gaharu dapat dihasikan dari pokok Karas dalam masa 2 - 3 tahun selepas suntikan, iaitu 10 kali lebih cepat dari kebiasaannya.
Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu dari pokok Karas yang berusia 3-4 tahun ke atas atau ukurlilitnya mencapai 15 inci.
Antara kulat yang digunakan ialah;
- Furasium sp,
- Phytium sp,
- Lasiodiplodia sp,
- Libertela sp,
- Scytalidium dan
- Thielaviopsis sp.